Hai kawan-kawan ... hari ni aku tukar background...dengan bantuan ayah latar belakang blog aku dah berubah. Ni lah cara-cara untuk tukar background dia...
Bagaimana untuk tukar themes blog anda
1. Download Blogger XML template dari BTemplates.com.(http://btemplates.com/)
2. unzipkan
2. Log in kita punya blog - dashboard > Layout > Edit HTML
3. browse template yang kiter unzipped tadi
4. kemudian upload - save
7. Enjoy!
Terima kasih ayah
Friday, December 11, 2009
Wednesday, November 25, 2009
Selamat hari raya

Aifa nak ucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada semua kawan-kawan yang jauh ka, yang dekat ka terutamanya kepada Norina dan aishah dan juga mirah dan lain-lain2, harap bergembiralah pada hari raya haji tahun ini.
Tahun ni aifa raya di langkawi ... lama tak tengok Tokwan dan Mak Tok di Langkawi..yang aifa rindu sangat nak jumpa Naufal dengan adik dia yang baru lahir tuuu...
Yang paling sedihnya aifa nak tinggalkan Hemster-hemster tu di rumah, kesian kat depa. Harap2 ayah bubuh makanan dan air yang cukup.
Ok lah kawan-kawan jumper lagi lepas raya nanti ....
Sekali lagi selamat hari raya haji
Thursday, November 19, 2009
Comel dalam kenangan ....................
Hari ini iatu 19.11.09 ialah hari yang paling sedih buat aku. Hamster ku comel(ibu kepada anak-anak hamster )mati ketika itu jam 6.00 pagi ketika aku bangun untuk ke sekolah. Setiap hari aku bangun pagi dan bermain dengan hamster sebelum aku mandi. Tapi hari ini merupakan hari yang tidak ceria bagiku. Pada mulanya aku ingatkan dia(comel)tidur tapi aku bermain main dia tidak sedar. Aku yakin dia mesti mati aku menangis sambil memegang dia. Ibu datang kepada aku aku terus mencerita hal kepada ibuku. Ibuku mengarahkan aku menanam dia pada pagi nanti. Aku sedih sangat pada masa itu.selepas pulang dari sekolah aku menziarahi kuburnya. Lalu aku menangis. Oleh kerana aku menangis itu abang sulung ku berjanji akan membeli ibunya comel sebagai ganti. Cukup saja sampai di sini jika ada masa saya (aifa)akan menulis cerita tentang hamster saya untuk kongsi bersama pembaca blog saya. assalamualaikum……………….
Friday, October 23, 2009
Hamster
Entah ... dalam aku merayau-rayau dalam dunia siber ini, ku terjumpa dengan Flash hamster ... saja ku letakkan di sini, seolah-olah ia hamster ku sebenar. 'A aaa, tentang hamster ku ... aku berasa sedih dan kesihan melihat sekor hamster ku 'ChomiWhite' yang kelmarin tiba-tiba kulihat kakinya seolah2 cacat ... ia berjalan seperti mengheret kakinya....kasihan aku melihatnya. Kulihat susahnya dia nak naik ke tingkat 2 dalam cagenya.
Thursday, October 22, 2009
Perasaanku tentang Hamster
Pada suatu hr ,aku tulis pada kertas lukisan I LOVE YOU HAMSTER. Aku tulis tu sbb nanti aku dan ibuku akan pergi ke kl dan Melaka . Aku x dibanarkan bawa dia sbb tu la aku tulis perkataan tu.tp ayah dan adikku akan menjaga yg menjaga hamster tu. Nanti klu aku pi aku mesti teringatkan dia. Aku tangkap gambar hamster dengan hp ibu ku, nanti bila aku di KL dan Melaka boleh aku hilangkan rinduku pada hamster aku tu tp ibuku suruh aku deletesemuanya …so aku nak buat mcm mana aku delete ja la. Nanti klu aku pi kl dan Melaka mungkin aku hanya boleh bayangkan saja wajah hamster aku ni. Aku x boleh bayangkan klu hamster aku ditinggalkan di dalam rumah sendirian. Pada suatu pagi selepas aku bangun dari tidur aku melihat di atas kertas lukisan tertulis KILL THEM HAMSTER. COMIKKO, CHIWHITE, CHIKO, COMEL. Aku sangat terkejut. aku siasat –siasat rupanya-rupanya ayah aku yg tulis. tp itu hanya lawak shj. huh lega sy.x pa lah setakat ni shj yg boleh sy coretkan . …………..
Tuesday, October 20, 2009
Tahniah Mak Teh lahirkan baby yang sangat comel
Tahniah Mak Teh ...............................klik here
Sunday, October 18, 2009
Belajar

Pukul 8 malam, selepas solat magrib aku mula melangsaikan tugasan rumahku. Aku ingin belajar bersungguh-sunggh macam makcik aku. Haaa ni blog makcik aku. Makcik aku sedang belajar di Universiti Tun Hussein On. Kalau boleh lagi macam Mak Teh aku.......dia belajar sampai Mesir


Di atas katil aku ... aku letakkan nama aku dan nama kawan aku yang paling best sekali. Nama dia ialah Sasha. Yang syoknya kakak aku sama unur dengan kakak Sasha ni, aku pula sama umur dengan Sasha dan adik aku yang aku marah sebab penyetkan hamster tu sama umur dengan adik Sasha umur empat tahun. Tahun depan mereka sama-sama belajar kelas pra-sekolah.
____________________________________________________

Sedang aku sibok dalam bilik melakukan kerja rumah, ibu aku sedang sibok di dapur nak siapkan puding. Puding ni nak bawa pergi ke sekolah .... saja nak buat makan-makan bersama guru-guru lain.
Yang ni biasalah ... orang yang paling sibok kacau orang. Tapi buleh juga tolong blend telur tuuu
Friday, October 16, 2009
Rutin Aku Mencuci ........

Inilah salah satu rutin yang aku kena buat pada waktu cuti .... Selain dari kerja sekolah, basuh kasut, cuci cage hamster juga merupakan tugas aku. Aku heran pada diriku sendiri, aku tidak pernah mengeluh pada tugas ini, Ibu ku selalu berkata ..."AIFA!!! busuklah hamster ni, kita buang aje lahhh atau beri pada orang saja ....." Aku sangat..sangat ... sangat... tidak setuju dengan cadangan ini ... kerana aku terlalu sayangkan hamster ku ini.
Dulu hanya dua ekor sahaja ... sekarang sudah jadi empat ekor. Semasa comel bunting ... aku rasa sangat gembira. Pada hari ia melahirkan anak sebanyak 5 ekor, kami semua melihat bagaimana ia melahirkan anak-anaknya. Pelagai kerenah gelagat kami ketika tu ... ibu ku menolak-nolak habuk kayu, aku memegang anak hamster yang baru lahir, begitu juga kakak aku .... memegang, menguis dan sebagainya. Rupa-rupanya keadaan ini menjadi satu ancaman kepada ibu hamster itu. Oleh kerana ia merasa tidak selamat dan telah berbau bauan manusia kepada anaknya lalu ia memakan anaknya .... kami menjadi terlalu sedih ketika itu. Bila kami mendapat info dari intenet baru ayah ku mengasingkan ibu dan anak2nya di satu sudut yang amat sunyi ......
Kini hanya 2 ekor sahaja yang hidup ..... 3 ekor lagi habis dibantai oleh ibunya kerana ada bauan tangan manusia pada badan anak2nya itu.
He he he inilah anak2nya yang masih hidup bersama ibu dan bapa tiri nya
Ini ialah ChiWhite
Adik ku menangis bila aku memarahinya kerana menyebabkan ChiWhite terkepit hingga seolah-olah nak mati

RAYA 2009
Ni gambar aiesya sofea sedang posing pada pagi raya.
Ni la gambar ayah ... rupa-rupanya baju raya ayah sama dengan tema Paktih, kuning raja.
Adik aku bersama dengan tok dia ..... maklumlah dia paling kecik sekali .. dia mendapat perhatian lebih dari Tok
Sebenarnya banyak lagi gambar aku nak upload kat cni, tapi ayah kata "aifa gambar dari kamera tu saiz besar 3648x 2736 pixel, lambat la nak upload ... nak kena convert reduce ckit saiz dia baru syok nak upload ...cukuplah tuuu"
Jumpa lagi yerrr
Aifa Farihin
Thursday, August 6, 2009
hamster haiwan peliharaan ku yang comel
Pada 6.8.2009 hariyang paling besss.Ayah kesayanganku pulang dengan membawa buah tangan buatku.Ayahku membeli hamsters dua ekor buatku.Pada masa itulah aku sangat seronok. comel betullah .akhirnya aku menjadi tuan buat hamster yang comel itu.Seekor betina seekor jantan.seekor yang betina itu nama comel seekor lagi nama comikka.sedap tak.ye...ye... ayahku kata sangkar dia tu kecil sangat ,jadi dah bincang-bincang nakbeli tang baru.yang lama tu boleh guna klu nah pergmana-mana kan.kata nak beli DOUBLE STOREY HAMSTER CAGE tp takpasti lagi he.....he...... . harganya murah je RM35 ringgit ,mahal ke murah yeeee.la kenapa tu oooooo rupa-rupanya nak tengok hamster aku ye...... mana boleh kena bayar dulu klu nak tengok he........he..........he........ tak pe lah kali ni tak kena bayar klu nak tengok.nanti aku tangkap gambar hamster tuu... aku save aku letak la kat blog aku ni.......... okey tak payah risau aku akan letakkan gambar hamster aku kat blg ni ok...... tak sabar-sabar la tu nak lihat hamster aku yang comel tu kan kan kan............bulunya comel tak pe nanti aku letak gambar hamster aku tu okey.bye bye miss you.............
Friday, May 22, 2009
Sekadar sebuah karangan yang pernah ku tulis di sekolah

Pada minggu yang lalu,ayah dan ibuku telah pergi ke mjlis perkhawinan jiran lamaku.Aku tinggal di rumah keseorangan. Jam menunjukkkan pukul 8:30 malam,ibu dan ayahku masih belum pulang.
Ketika asyik leka menonton aku ternampak dua orang lelaki bertopeng hitam dan berbaju hitam membuka tingkap rumahku.Aku berasa takut dan gelisah.Aku yakin aku mesti bertindak.Dengan segera aku mengambil telefon dan menelefonPak Cik Azman.Pak cik Azman menelefon pihak polis.Dengan segera pihak polis datang lalu memberkas pencuri tersebut.pihak polis mengucapkan terima kasih kepada ku. aku berasa bangga dengan keyakinan yang ada di dalam diriku.
Pak Cik Azman menelefon ibu dan ayahku .Lalu ibu dan ayahku datang menemui aku.Ibu dan ayahku mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pak Cik Azman.Ibu dan ayahku menasihati aku. Kini baru kusedari bahawa tingkap rumahku................
My First Post
Ku berharap agar post ini akan berpanjangan, bukan sekadar post yang pertama ini sahaja. Entahlah, ku bukan seorang penyair atau pujangga yang punyai jutaan ilham untuk ku paparkan di sini. Ku juga bukan seorang penulis yang kaya dengan pelbagai khazanah kata-kata ilmuan yang boleh menjadi rujukan. Ku hanya insan kerdil ... yang suka berada di depan skrin komputer ini yang meninjau-ninjau dalam dunia virtual ini mencari sesuatu yang aku sendiri tidak pasti....
Subscribe to:
Posts (Atom)