Friday, October 16, 2009

Rutin Aku Mencuci ........










Inilah salah satu rutin yang aku kena buat pada waktu cuti .... Selain dari kerja sekolah, basuh kasut, cuci cage hamster juga merupakan tugas aku. Aku heran pada diriku sendiri, aku tidak pernah mengeluh pada tugas ini, Ibu ku selalu berkata ..."AIFA!!! busuklah hamster ni, kita buang aje lahhh atau beri pada orang saja ....." Aku sangat..sangat ... sangat... tidak setuju dengan cadangan ini ... kerana aku terlalu sayangkan hamster ku ini.

Dulu hanya dua ekor sahaja ... sekarang sudah jadi empat ekor. Semasa comel bunting ... aku rasa sangat gembira. Pada hari ia melahirkan anak sebanyak 5 ekor, kami semua melihat bagaimana ia melahirkan anak-anaknya. Pelagai kerenah gelagat kami ketika tu ... ibu ku menolak-nolak habuk kayu, aku memegang anak hamster yang baru lahir, begitu juga kakak aku .... memegang, menguis dan sebagainya. Rupa-rupanya keadaan ini menjadi satu ancaman kepada ibu hamster itu. Oleh kerana ia merasa tidak selamat dan telah berbau bauan manusia kepada anaknya lalu ia memakan anaknya .... kami menjadi terlalu sedih ketika itu. Bila kami mendapat info dari intenet baru ayah ku mengasingkan ibu dan anak2nya di satu sudut yang amat sunyi ......

Kini hanya 2 ekor sahaja yang hidup ..... 3 ekor lagi habis dibantai oleh ibunya kerana ada bauan tangan manusia pada badan anak2nya itu.

He he he inilah anak2nya yang masih hidup bersama ibu dan bapa tiri nya










Ini ialah ChiWhite










Ini ialah ChiKo









Ini ialah Comel - ibu kepa anak hamster








Adik ku menangis bila aku memarahinya kerana menyebabkan ChiWhite terkepit hingga seolah-olah nak mati

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 APE APE AJE