Friday, December 11, 2009

Tukar background

Hai kawan-kawan ... hari ni aku tukar background...dengan bantuan ayah latar belakang blog aku dah berubah. Ni lah cara-cara untuk tukar background dia...

Bagaimana untuk tukar themes blog anda

1. Download Blogger XML template dari BTemplates.com.(http://btemplates.com/)
2. unzipkan
2. Log in kita punya blog - dashboard > Layout > Edit HTML
3. browse template yang kiter unzipped tadi
4. kemudian upload - save
7. Enjoy!

Terima kasih ayah

Wednesday, November 25, 2009

Selamat hari raya


Aifa nak ucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada semua kawan-kawan yang jauh ka, yang dekat ka terutamanya kepada Norina dan aishah dan juga mirah dan lain-lain2, harap bergembiralah pada hari raya haji tahun ini.


Tahun ni aifa raya di langkawi ... lama tak tengok Tokwan dan Mak Tok di Langkawi..yang aifa rindu sangat nak jumpa Naufal dengan adik dia yang baru lahir tuuu...


Yang paling sedihnya aifa nak tinggalkan Hemster-hemster tu di rumah, kesian kat depa. Harap2 ayah bubuh makanan dan air yang cukup.


Ok lah kawan-kawan jumper lagi lepas raya nanti ....


Sekali lagi selamat hari raya haji

Thursday, November 19, 2009

Comel dalam kenangan ....................

Hari ini iatu 19.11.09 ialah hari yang paling sedih buat aku. Hamster ku comel(ibu kepada anak-anak hamster )mati ketika itu jam 6.00 pagi ketika aku bangun untuk ke sekolah. Setiap hari aku bangun pagi dan bermain dengan hamster sebelum aku mandi. Tapi hari ini merupakan hari yang tidak ceria bagiku. Pada mulanya aku ingatkan dia(comel)tidur tapi aku bermain main dia tidak sedar. Aku yakin dia mesti mati aku menangis sambil memegang dia. Ibu datang kepada aku aku terus mencerita hal kepada ibuku. Ibuku mengarahkan aku menanam dia pada pagi nanti. Aku sedih sangat pada masa itu.selepas pulang dari sekolah aku menziarahi kuburnya. Lalu aku menangis. Oleh kerana aku menangis itu abang sulung ku berjanji akan membeli ibunya comel sebagai ganti. Cukup saja sampai di sini jika ada masa saya (aifa)akan menulis cerita tentang hamster saya untuk kongsi bersama pembaca blog saya. assalamualaikum……………….

Friday, October 23, 2009

Hamster

Entah ... dalam aku merayau-rayau dalam dunia siber ini, ku terjumpa dengan Flash hamster ... saja ku letakkan di sini, seolah-olah ia hamster ku sebenar. 'A aaa, tentang hamster ku ... aku berasa sedih dan kesihan melihat sekor hamster ku 'ChomiWhite' yang kelmarin tiba-tiba kulihat kakinya seolah2 cacat ... ia berjalan seperti mengheret kakinya....kasihan aku melihatnya. Kulihat susahnya dia nak naik ke tingkat 2 dalam cagenya.

Thursday, October 22, 2009

Perasaanku tentang Hamster

Pada suatu hr ,aku tulis pada kertas lukisan I LOVE YOU HAMSTER. Aku tulis tu sbb nanti aku dan ibuku akan pergi ke kl dan Melaka . Aku x dibanarkan bawa dia sbb tu la aku tulis perkataan tu.tp ayah dan adikku akan menjaga yg menjaga hamster tu. Nanti klu aku pi aku mesti teringatkan dia. Aku tangkap gambar hamster dengan hp ibu ku, nanti bila aku di KL dan Melaka boleh aku hilangkan rinduku pada hamster aku tu tp ibuku suruh aku deletesemuanya …so aku nak buat mcm mana aku delete ja la. Nanti klu aku pi kl dan Melaka mungkin aku hanya boleh bayangkan saja wajah hamster aku ni. Aku x boleh bayangkan klu hamster aku ditinggalkan di dalam rumah sendirian. Pada suatu pagi selepas aku bangun dari tidur aku melihat di atas kertas lukisan tertulis KILL THEM HAMSTER. COMIKKO, CHIWHITE, CHIKO, COMEL. Aku sangat terkejut. aku siasat –siasat rupanya-rupanya ayah aku yg tulis. tp itu hanya lawak shj. huh lega sy.x pa lah setakat ni shj yg boleh sy coretkan . …………..

Tuesday, October 20, 2009

Sunday, October 18, 2009

Belajar


Pukul 8 malam, selepas solat magrib aku mula melangsaikan tugasan rumahku. Aku ingin belajar bersungguh-sunggh macam makcik aku. Haaa ni blog makcik aku. Makcik aku sedang belajar di Universiti Tun Hussein On. Kalau boleh lagi macam Mak Teh aku.......dia belajar sampai Mesir













Di atas katil aku ... aku letakkan nama aku dan nama kawan aku yang paling best sekali. Nama dia ialah Sasha. Yang syoknya kakak aku sama unur dengan kakak Sasha ni, aku pula sama umur dengan Sasha dan adik aku yang aku marah sebab penyetkan hamster tu sama umur dengan adik Sasha umur empat tahun. Tahun depan mereka sama-sama belajar kelas pra-sekolah.
____________________________________________________


Sedang aku sibok dalam bilik melakukan kerja rumah, ibu aku sedang sibok di dapur nak siapkan puding. Puding ni nak bawa pergi ke sekolah .... saja nak buat makan-makan bersama guru-guru lain.



Yang ni biasalah ... orang yang paling sibok kacau orang. Tapi buleh juga tolong blend telur tuuu

 
Copyright 2009 APE APE AJE