Entah ... dalam aku merayau-rayau dalam dunia siber ini, ku terjumpa dengan Flash hamster ... saja ku letakkan di sini, seolah-olah ia hamster ku sebenar. 'A aaa, tentang hamster ku ... aku berasa sedih dan kesihan melihat sekor hamster ku 'ChomiWhite' yang kelmarin tiba-tiba kulihat kakinya seolah2 cacat ... ia berjalan seperti mengheret kakinya....kasihan aku melihatnya. Kulihat susahnya dia nak naik ke tingkat 2 dalam cagenya.
Friday, October 23, 2009
Thursday, October 22, 2009
Perasaanku tentang Hamster
Pada suatu hr ,aku tulis pada kertas lukisan I LOVE YOU HAMSTER. Aku tulis tu sbb nanti aku dan ibuku akan pergi ke kl dan Melaka . Aku x dibanarkan bawa dia sbb tu la aku tulis perkataan tu.tp ayah dan adikku akan menjaga yg menjaga hamster tu. Nanti klu aku pi aku mesti teringatkan dia. Aku tangkap gambar hamster dengan hp ibu ku, nanti bila aku di KL dan Melaka boleh aku hilangkan rinduku pada hamster aku tu tp ibuku suruh aku deletesemuanya …so aku nak buat mcm mana aku delete ja la. Nanti klu aku pi kl dan Melaka mungkin aku hanya boleh bayangkan saja wajah hamster aku ni. Aku x boleh bayangkan klu hamster aku ditinggalkan di dalam rumah sendirian. Pada suatu pagi selepas aku bangun dari tidur aku melihat di atas kertas lukisan tertulis KILL THEM HAMSTER. COMIKKO, CHIWHITE, CHIKO, COMEL. Aku sangat terkejut. aku siasat –siasat rupanya-rupanya ayah aku yg tulis. tp itu hanya lawak shj. huh lega sy.x pa lah setakat ni shj yg boleh sy coretkan . …………..
Tuesday, October 20, 2009
Tahniah Mak Teh lahirkan baby yang sangat comel
Tahniah Mak Teh ...............................klik here
Sunday, October 18, 2009
Belajar

Pukul 8 malam, selepas solat magrib aku mula melangsaikan tugasan rumahku. Aku ingin belajar bersungguh-sunggh macam makcik aku. Haaa ni blog makcik aku. Makcik aku sedang belajar di Universiti Tun Hussein On. Kalau boleh lagi macam Mak Teh aku.......dia belajar sampai Mesir


Di atas katil aku ... aku letakkan nama aku dan nama kawan aku yang paling best sekali. Nama dia ialah Sasha. Yang syoknya kakak aku sama unur dengan kakak Sasha ni, aku pula sama umur dengan Sasha dan adik aku yang aku marah sebab penyetkan hamster tu sama umur dengan adik Sasha umur empat tahun. Tahun depan mereka sama-sama belajar kelas pra-sekolah.
____________________________________________________

Sedang aku sibok dalam bilik melakukan kerja rumah, ibu aku sedang sibok di dapur nak siapkan puding. Puding ni nak bawa pergi ke sekolah .... saja nak buat makan-makan bersama guru-guru lain.
Yang ni biasalah ... orang yang paling sibok kacau orang. Tapi buleh juga tolong blend telur tuuu
Friday, October 16, 2009
Rutin Aku Mencuci ........

Inilah salah satu rutin yang aku kena buat pada waktu cuti .... Selain dari kerja sekolah, basuh kasut, cuci cage hamster juga merupakan tugas aku. Aku heran pada diriku sendiri, aku tidak pernah mengeluh pada tugas ini, Ibu ku selalu berkata ..."AIFA!!! busuklah hamster ni, kita buang aje lahhh atau beri pada orang saja ....." Aku sangat..sangat ... sangat... tidak setuju dengan cadangan ini ... kerana aku terlalu sayangkan hamster ku ini.
Dulu hanya dua ekor sahaja ... sekarang sudah jadi empat ekor. Semasa comel bunting ... aku rasa sangat gembira. Pada hari ia melahirkan anak sebanyak 5 ekor, kami semua melihat bagaimana ia melahirkan anak-anaknya. Pelagai kerenah gelagat kami ketika tu ... ibu ku menolak-nolak habuk kayu, aku memegang anak hamster yang baru lahir, begitu juga kakak aku .... memegang, menguis dan sebagainya. Rupa-rupanya keadaan ini menjadi satu ancaman kepada ibu hamster itu. Oleh kerana ia merasa tidak selamat dan telah berbau bauan manusia kepada anaknya lalu ia memakan anaknya .... kami menjadi terlalu sedih ketika itu. Bila kami mendapat info dari intenet baru ayah ku mengasingkan ibu dan anak2nya di satu sudut yang amat sunyi ......
Kini hanya 2 ekor sahaja yang hidup ..... 3 ekor lagi habis dibantai oleh ibunya kerana ada bauan tangan manusia pada badan anak2nya itu.
He he he inilah anak2nya yang masih hidup bersama ibu dan bapa tiri nya
Ini ialah ChiWhite
Adik ku menangis bila aku memarahinya kerana menyebabkan ChiWhite terkepit hingga seolah-olah nak mati

RAYA 2009
Ni gambar aiesya sofea sedang posing pada pagi raya.
Ni la gambar ayah ... rupa-rupanya baju raya ayah sama dengan tema Paktih, kuning raja.
Adik aku bersama dengan tok dia ..... maklumlah dia paling kecik sekali .. dia mendapat perhatian lebih dari Tok
Sebenarnya banyak lagi gambar aku nak upload kat cni, tapi ayah kata "aifa gambar dari kamera tu saiz besar 3648x 2736 pixel, lambat la nak upload ... nak kena convert reduce ckit saiz dia baru syok nak upload ...cukuplah tuuu"
Jumpa lagi yerrr
Aifa Farihin
Subscribe to:
Posts (Atom)